Biarlah Ia Berlalu !

As Salam korang semua, sorry sangat sebab sudah lama aku tak update blog. Aku still busy dengan keja dan juga hidup aku bersama orang2 yang aku sayang. Kali ni aku nak update mengenai pengalaman lepas, entri ini aku taip sebab terdengar lagu Standing In the Eyes Of The World by Ella.

Korang, mengingati masa lalu dan menghadirkan ia kembali dalam kehidupan kita dan bersedih dengan apa yang telah berlaku adalah suatu tindakan yang bodoh. Semua ini umpama membunuh semangat, harapan dan menghalangi kita untuk hidup dalam kehidupan yang sedia ada. Manusia yang matang akan melupakan apa yang telah berlaku dengan cara melipat peristiwa lalu agar ia tidak dapat dilihat kembali. Peristiwa tersebut hanyalah sebahagian dari masa lampau dan kini semuanya sudah berakhir, kita harus melupakannya di dalam kotak hitam agar ia tidak dapat keluar daripada melihat cahaya kehidupan kita.

Korang, adakah kita manusia yang mahukan matahari kembali ke tempat asalnya, bayi kembali masuk ke perut ibunya, air susu kembali ke payu dara si ibu atau air mata kembali ke dalam kelopak mata? Padahal semuanya adalah sia-sia, janganlah kita hidup di dalam mimpi-mimpi buruk masa lalu kerana tiada lagi kesedihan, kedukaan dan kegagalan lain. Semuanya tak akan dapat berulang dan hidup kembali kerana telah lenyap buat selamanya !

Korang, membuka kembali peristiwa pada masa lalu hanya akan mensia-siakan perjuangan yang telah dilakukan dan merosakkan suasana yang ada. Semuanya telah berlalu dan tidak akan berulang kembali dan tak ada gunanya kita memutar roda sejarah lalu hanya sekadar untuk mencatatkan bencana pada masa sekarang. Kegagalan yang berulang akan menimpa hidup kita apabila kita menyibukkan diri dengan masa lalu. Kita sebenarnya tak perlu melihat masa lampau dan memalingkan wajah ke belakang ! Angin terus berhembus ke depan jadi janganlah berlawan dengan fitrah kehidupan kita sebagai manusia !!

Setakat itu saja untuk kali ni, harap korang semua suka dengan entri yang baru ni. Aku ingin membawa sedikit kelainan di dalam blog ini, jangan lupa follow dan like page blog Badrul Hafizi Alias Blogspot. Terima kasih jugak dekat korang yang mana sudi support aku selama aku jadi blogger !! Peace Your, Nantikan entri aku yang seterusnya mengenai Hari Ini MilikMu !!