Ketika Berlari !

As Salam, hey korang !! Sihat ?? Pheww dah lama gila aku tak update blog, sorry la ye. . Serius, aku memang rindu dengan dunia blogging ni tapi masa tu tak mengizinkan aku. Kali ni, aku curi2 masa untuk update satu entri yang agak best. . Sebelum tu, ada yang tanya mengenai perkembangan aku sekarang. Sekarang aku sedang sambung degree di Universiti Tenaga Nasional as known as UNITEN di Pahang ! Yeahh ! Aku tak nak meleret panjang2, so jom baca entri aku !

Sekarang ni semua orang nak berjoging, sebab apa ? Sebab ramai yang dah tahu kebaikan joging ataupun berlari ni, tak sia2 kerajaan buat kempen kalu tak bazir je duit kerajaan ! Hehe, dalam ramai2 yang berlari ni pasti ada yang tersilap langkah. So aku nak share dengan korang semua, kesalahan yang patut korang elakkan ketika berlari.

1. Kasut Tak Sesuai.

Korang mesti dapatkan kasut sukan yang sesuai untuk postur dan berat badan korang. Tujuannya mudah saja untuk mendapatkan larian yang selesa. Kita semua sudah cukup bijak untuk membezakan antara kasut sukan dan kasut2 lain. Yelah, dah lama tak berjoging. Bila terdetik nak berjoging terus kita capai kasut yang 10 tahun dulu kala. Tak salah nak gunakan kasut tersebut tapi mungkin keselesaan kasut tersebut tak sama dengan keselesaan seperti dahulu.

2. Perut Kosong.

Makanan pun penting bukan air saja yang penting ketika larian. Ramai antara kita yang tak makan dan berperut kosong sebelum larian. Korang semua perlu ingat, makanan tu membekalkan tenaga kepada tubuh badan kita. Takkan kita nak berlari dengan tenaga badan yang lemah, so makanlah satu jam atau dua jam sebelum berlari. Selesai larian, jangan lupa makan sedikit untuk menggantikan tenaga yang telah digunakan. Ambil perhatian, jangan makan sambil berlari.

3. Kurang Cecair.

Bagi membantu badan korang kekal segar, pastikan korang membawa air setiap kali mahu berjoging. Cecair dalam badan akan memastikan tubuh badan korang tidak dehidrasi. Kalu dah terkena dehidrasi ni, mula la pening, rasa nak pitam dan muntah. Jadi pastikan korang membawa air dan pastikan juga cecair dalam badan mencukupi.

4. Tergesa-gesa !

Kepada kaum hawa, sila berikan sepenuh perhatian ! Bila berat badan terus naik, badan kawan korang pula still kekal bentuknya. Korang sure bersemangat dan terdetik untuk berlari dan melakukan senaman. Relax, jangan tergesa-gesa. Tak ada faedahnya nak tergesa-gesa ni, buat permulaan korang berlari terlebih dahulu untuk dapatkan stamina. Selepas tu, jadikan berlari itu sebagai rutin harian korang. Tak guna lari pecut 100meter kemudian tumbang !

Sekian, pendek je entri kali ni. Harap korang suka, pendek dan padat ! Btw, thanks kepada yang sudi baca ! Be a follower and don't forget to click like on Badrul Hafizi Alias Blogspot.