Mitos & Rahsia Mata !

AsSalam, hey korang . Aku baru saja sampai Penang because baru2 ni aku balik kampung so aku tak boleh on9 because aku tak bawa lappy . Korang, sebelum aku take off to Sabah . Aku nak share dgn korang semua mengenai mitos dan rahsia mata yang indah . Harap korang semua suka dengan post ini .

"Makan lobak merah, bagus untuk mata", "Jangan terlalu dekat dengan TV, nanti mata rosak". Korang, ni adalah antara mitos2 yang diperkatakan oleh orang2 tua mengenai mata . Tujuan mitos2 ni adalah untuk mendapatkan mata yang cantik dan terang . Persoalannya, boleh ke kita percaya semua ini?? Di post ini terdapat beberapa mitos mengenai mata dan juga fakta yang menafikan mitos tersebut . Ikutilah bersama2 !

1. Makan lobak merah akan memulihkan penglihatan ?!

Korang, tiada kajian yang berjaya membuktikan bahawa hanya memakan lobak merah ia akan memulihkan atau meningkatkan penglihatan mata kita . Mata manusia memerlukan Vit A dan Vit A ini terdapat dalam lobak merah . Konklusinya, kekurangan Vit A boleh menyebabkan kesihatan mata manusia menurun . Walau bagaimanapun korang, kita tak perlu m'gambil suplemen Vit A kerana tubuh kita tak perlu Vit A yang terlalu banyak .

2. Skrin komputer membahayakan mata ?!

Kelelahan mata sebenarnya bukanlah disebabkan oleh keterlaluan menghadap skrin komputer tetapi ia disebabkan bagaimana cara kita menggunakan ia . Contohnya, ada di antara kita jarang mengerdip mata ketika menghadap komputer . Sebab itulah, mata kita menjadi letih dan kering . Korang, mengerdip mata akan memberi rehat seketika pada mata kita . Jadi, rajin2 lah kerdip mata agar mata kita dapat rehat .

3. Meminjam cermin mata orang lain boleh merosakkan mata ?!

Faktanya, jika kita memakai cermin mata orang lain yang tak sesuai dengan mata sendiri tidak akan mendatangkan bahaya kepada mata sendiri kerana memakai cermin mata yang sesuai akan memberi penglihatan mata yang optimum .

4. Menonton TV terlalu dekat boleh merosakkan mata .

Mitos ini memang korang pernah dengar tetapi fakta mengenai mitos ini pasti tidak kn . Sebenarnya, jika kita menonton TV terlalu dekat akan menyebabkan kita mengalami sakit kepala . Sehingga sekarang, tiada bukti yang mampu menunjukkan kaitan antara mata dan menonton TV . Nasihat aku, sekiranya korang ada masalah mata . Cepat2 buat pemeriksaan doktor .

5. Membaca dalam cahaya yang suram akan merosakkan mata ?

Secara faktanya, ia tak akan rosak mata tetapi hanya membuat mata menjadi letih . Sebaik-baiknya, korang jangan baca dalam cahaya yang suram . It's will better jika korang membaca dibawah cahaya yang terang kerana ia membantu dan mengurangkan tekanan pada mata ketika membaca .

The end !! Harap korang suka dengan post ni . Korang, aku ada followed blogger lain . Entah macam mana aku follower ke 50 dia, so dia update mengenai blog aku dalam post Award For My 50th Followers ! Hahaha . Thank a lot girl ! Okaylah, jangan lupa KLIK SINI !!

Syaitan Kurus & Syaitan Gemuk !

As Salam, aku nak share dengan korang mengenai Syaitan . Cerita ni adalah benar jadi korang tak perlu nak was2 okay .

Cerita ni bermula apabila dua ekor Syaitan yang berselisih di tengah jalan . Mereka berhenti dan berbincang2 . Secara fizikal, seekor Syaitan Gemuk dan bersih dan seekor lagi kurus dan kotor . Perbezaan dua ekor Syaitan ni memanglah amat ketara sekali . So Syaitan yang gemuk ni pun hairan dengan keadaan kawan dia yang begitu menyedihkan .

Syaitan Gemuk yang berasa hairan terus bertanya kepada Syaitan Kurus, sebab mengapa tubuhnya kurus dan kotor . Korang nak tahu tak apa jawapan Syaitan Kurus ? Jgn terkejut dgn jawapannya !! Syaitan Kurus mjawab pertanyaan Syaitan Gemuk dengan menyatakan bahawa dia tidak dapat makan dan minum, tidurnya juga tidak nyenyak kerana para penghuni rumah tersebut selalu ingat kepada Allah . Ketika makan, mereka baca doa . Ketika masuk ke rumah, mereka mengucap salam dan begitu juga ketika tidur, mandi, berpakaian dan sebagainya . Penghuni rumah tersebut tidak pernah lupa membaca berdoa . Maka, disebabkan itulah Syaitan Kurus ni tak dapat makan, tidur dan tak dapat masuk ke rumah .

Akhir skali, Syaitan Kurus juga ingin tahu bagaimana Syaitan Gemuk boleh menjadi sihat dan gemuk . Syaitan Gemuk pun berkata bahawa dia sangat tenang kerana makan kenyang, tidur nyenyak dan pakaian juga selesa kerana penghuni rumahnya jarang ingat kepada ALLAH !

So tamatlah cerita mengenai Syaitan yang dilaknat Allah ni, korang ambillah iktibar mengenai cerita ni okay . Jangan lupa KLIK SINI ! . Kalau nak comments, boleh ja ! Amat dialu-alukan .

ExChange Link !

As Salam, hey korang . Entri kali ni aku nak ajak korang semua exchange link blog korang semua dengan aku . Entri sebelum ni, Time To Blog Walking dapat sambutan yang menggalakkan dari blogger2 semua . From that, aku nak teruskan dengan entri ni sebab senang untk aku dengan korang semua bertukar2 link . One more thing, dari korang asyik baca entri aku je . Korang dapat jugak exchange link dgn aku . Tnpa buang masa, ayuh kita mula !!

1. Korang KLIK SINI !

2. Lepas tu, korang follow blog aku

3. Last, korang tinggalkan link blog korang dalam comments box aku cause mudah utk aku follow blog korang balik

That's it !! Jom2 join entri ni .

Susuk Part 2 !

Assalam, ya ! Aku sudah kembali untk sambung entri yang sebelum ni, Susuk ! . Entri sebelum ni memang dapat sambutan hangat daripada blogger2, so seperti yg dijanjikan aku akan sambung balik citer mengenai susuk ini .

Korang, ramai yang memberi pelbagai alasan utk memakai susuk ni tetapi perlu diketahui niat pemakai itu sebenarnya adalah semata2 untuk memuaskan nafsu mereka sahaja ! Masih tak jelas dgn tujuan pemakai ni ? Okay antara tujuan mereka adalah untuk kekebalan, kekuatan, ilmu penunduk, keberanian dan jangan terkejut ada yang memakai susuk di kemaluan untuk kekuatan nafsu syahwat ! Ada yang menggunakan ayat2 Al-Quran untuk dijadikan susuk . Antara ayat2 Al-Quran yg digunakan ialah :

I. Surah Yusuf, ayat 4 yang dibaca 4444 untuk kecantikan .

II. Surah Al-Hadid dibaca 1000 kali untk kuat atau kebal .

1 . Pantang Larang Susuk .

Korang, memakai susuk pun ada pantang larang dia . Ingat bersalin pun ada pantang larang ke ? Haha . Kalau pantang larang ni tak dipatuhi, pemakai susuk akan menderita !!

I. Tak boleh lalu dibawah ampaian besi
II. Tak boleh makan pisang emas
III. Tak boleh makan sate dan makanan yang bercucuk
IV. Tak boleh minum air Zam-zam

2. Cara Buang Susuk .

Cara membuang susuk ni sama dengan cara memakai susuk tetapi untuk membuang susuk ada dua cara iaitu menggunakan petua dan disertai dengan ayat Al-Quran atau menggunakan ayat Al-Quran sepenuhnya . Jika seseorang pemakai susuk tu sedang nazak, agak sukar sebabkan pemakai susuk tersebut perlu ada kekuatan . Perlu diingatkan, susuk tidak boleh dibuang sendiri tetapi perlu dilakukan oleh pengamal perubatan Islam yang mahir sahaja .

I. Cara membuang susuk mengikut cara pertama iaitu menggunakan petua dan ayat Al-Quran adalah dimulakan dengan mengambil segelas air, buluh sate dan tebu hitam(air atau hampas) dimasukkan di dalam air . Selepas itu, ayat Ruqyah atau ayat Manzil dibaca dan ditiupkan pada air sebelum air tersebut diberikan kepada pemakai untuk diminum .

II. Cara kedua, membaca Al-Fatihah, ayat Kursi, Lau Anzalna Hazal Quran dan Kaala fakrush minha dan ayat seribu Dinar .

Nasihat aku, tak perlu nak guna susuk untuk tujuan cantik walaupun menggunakan ayat Al-Quran . Lebih baik amalkan membaca Al-Quran kerana orang yang banyak membaca Al-Quran, muka dia akan nampak berseri . Memakai susuk ni, semua sudah tahu adalah syirik dan mereka tersebut akan berdepan azab sewaktu sakaratulmaut . Okaylah, harap korang semua puas hati dengan entri aku ! Thanks sebab sudi baca, sebarang komen dialu-alukan . Jangan lupa Klik Sini ! .

Susuk !

AsSalam, hey korang . Aku nak share dengan korang semua mengenai susuk . Jadi kalau nak diikutkan, post ini agak panjang so aku akan citer step by step . Firstly, aku akan terangkan mengenai sejarah dan erti susuk itu sendiri . Biar kita tahu asal usulnya dahulu sebelum korang bersama2 aku merungkai susuk dengan lebih mendalam .

1. Asal Usul .
Korang, susuk ini sebenarnya dipelopori sejak zaman Firaun lagi dan zaman Firaunlah terciptanya susuk ini . Orang Yahudi mengambil amalan bersusuk apabila ayat2 sihir diturunkan di Babylon . Secara tidak langsung, orang Firaun mempelajari amalan sihir ini ketika orang Israel pergi ke Mesir . Konklusi, dapat disimpulkan bahawa amalan ini berlaku sejak zaman Nabi Sulaiman lagi .

2. Definisi .
Kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka, dalam muka surat 1553 mendefinisikan Susuk sebagai jarum emas dan lain2 yang dimasukkan ke dalam kulit untuk memaniskan rupa . Korang, secara umumnya susuk ni merujuk kepada jarum emas atau lain2 logam yang dimasukkan ke dalam badan supaya seseorang itu kelihatan cantik atau berseri .

3. Jenis Susuk .
Jadi korang semua sudah jelaskan, asal usul susuk dan apakah erti sebenarnya susuk itu . Seterusnya, korang semua kena tahu pulak jenis2 sususk ini . Susuk ini ada dua jenis iaitu susuk logam dan susuk galian . Apa itu susuk logam dan susuk galian ?! Contoh susuk logam adalah emas, perak dan raksa . Manakala susuk galian pula ialah susu dan air biasa .

Cukuplah setakat itu saja, nantikan entri yang seterusnya mengenai cara pemakaian susuk, kesan pemakaian susuk dan cara membuang susuk . Korang semua, jika ada sebarang komen atau pendapat sila tinggalkan komen okay . Mari kita semua berkongsi2 cerita mengenai susuk ini . Jangan lupa untuk like page blog ini Badrul Hafizi Alias Blogspot . Kalau korang suka entri ini, like okay ! Sebarang komen, amatlah dialu-alukan !!

Top 10 Global Sites !

AsSalam, hey korang . Kali ni aku nak share dengan korang semua mengenai top 10 sites dalam dunia ni . Jom2, kita tengok websites mana yang menduduki top 10 global sites !

1. Google.com

2. Facebook

3. Youtube

4. Yahoo

5. Baidu.com

6. Wikipedia

7. Blogspot.com

8. Windows Live

9. Amazon.com

10. Twitter

So adakah website ini semua korang pernah masuk ?! Kalau tak tahu, sekarang korang dah tahu . Korang sebelum aku tutup entri ni, nantikan entri yg seterusnya mengenai Top 10 Malaysia Sites !

Kalau korang suka entri ini like je ! Then jangan lupa jadi follower aku and like page blog ni Badrul Hafizi Alias Blogspot . Ini twitter aku, follow je StyloBadr

Sepucuk Surat Kepada Raja Rom

AsSalam korang, dah lama aku tak update blog . So kali ni aku nak share dgn korang mengenai riwayat Raja Rom, aku dapat citer ni daripada buku yg aku baru beli . Huhu, jom2 baca mengenai citer ni .

Berdasarkan riwayat, Raja Rom telah memutuskan surat kpd Mu'awiyah Bin Abi Sufyan . Surat tersebut disertakan dgn beberapa pertanyaan, korang dalam surat tersebut Raja Rom telah meminta penjelasan mengenai :

1. Sesuatu yang tidak mempunyai kiblat

2. Orang yang tidak beribu bapa dan orang yang tidak berbapa

3. Orang yang telah dibawa-bawa oleh kuburannya

4. Tiga makhluk yang tidak diciptakan di dalam rahim

5. Sesuatu yang tidak terbilang tetapi ada setengahnya

6. Terakhir, Raja Rom minta surat tersebut dikirimkan kembali di dalam botol . Tetapi di dalam botol tersebut mestilah diisikan dengan sumber dari segala sesuatu .

Masya Allah !! Korang rasa korang boleh jwb tak soalan ni kalau Raja Rom hantar surat ni kepada korang ?? Aku pd mulanya agak tertanya2 mengenai jawapannya, Huhu . So Mu'awiyah Bin Abi Sufyan berasa kurang mampu untuk menjawab semua pertanyaan Raja Rom, jadi Mu'awiyah menyerahkan kepada Ibnu Abbas kerana Ibnu Abbaslah orang yang tepat untuk menjawab penjelasan ini . Korang, Ibnu Abbas adalah seorang sahabat Nabi Muhammad yang berpengetahuan luas dan cerdas .

Akhir sekali, jwpan yang telah Ibnu Abbas berikan adalah :

1. Sesuatu yang tidak mempunyai kiblat adalah Kaabah

2. Orang yang tidak beribu bapa ialah Adam dan orang yang tidak berbapa ialah Isa

3. Orang yang telah dibawa-bawa oleh kuburannya ialah Nabi Yunus yang ditelan oleh ikan paus

4. Tiga makhluk yang tidak diciptakan di dalam rahim ialah kambing Nabi Ibrahim, unta betina Nabi Saleh dan ular Nabi Musa

5. Adapun sesuatu yang tidak berbilang tetapi ada setengahnya ialah orang berakal yang menggunakan akalnya . Setengahnya ialah orang yang tidak berakal tetapi mengikuti pendapat orang2 yang berakal . Sedangkan orang yang tidak bererti apa2(tidak berbilang) ialah orang yang tidak berakal dan tidak mahu mengikuti pendapat orang2 yang berakal .

6. Akhir sekali, Ibnu Abbas mengisi botol dengan air sehingga penuh seraya berkata 'Air adalah sumber dari segala yang sesuatu' .

Apabila Raja Rom membaca surat tersebut, dia berasa kagum dengan jawapan yang telah diberikan .

Okaylah, setakat itu jelah . Harap korang semua faham maksud tersirat mengenai riwayat tersebut . Korang dengan bangganya aku baru saja habis STPM, huhu so tak ada lagi zaman sekolah . Kepada follower aku, yang mana belum aku follow tu . Tinggalkan link korang dekat comments okay, aku nanti follow korang balik . Kepada follower2 baru, thanks sebab sudi follow !! Kepada yang belum, follow lah blog aku dan jangan lupa like page blog ini Badrul Hafizi Alias Blogspot okay . Assalam !! Sebarang komen amat dialu-alukan .

Seraya mengikut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka mendefinisikan sebagai serta atau sambil .

Time To BlogWalking !

Assalam, hey korang . Ramai sangat yang asyik bertukar2 link dan rajin blogwalking . So kalau korang nak join Blogwalking aku, mcm slalu orang buat, U follow I then I nanti follow U balik . . Haha, lawak je .

Before that, aku cukup hangat dengan segelintir blogger . Suruh orang follow blog dia, bila dah follow bukan nak follow balik . Apa kes kalau tulis "I will follow you back after you follow my blog" tp habuk pun tak dak .

Kepada korang semua jangan bersikap mcm itu, buat orang lain sakit hati je . Kesian dekat orang yg dah follow blog 'si dia' tp 'si dia' tak follow blog 'si following' tu, janganlah kita bersikap pentingkan diri sendiri . Make sure kita give and take .

Fuhh !! Korang, lepas korang follow blog aku . Korang tinggal je link korang dekat kotak comments post ni, aku nanti follow blog korang balik . The end of the story, thanks for everything !! Sebelum tu, KLIK SINI !!

Punca Sperma Lelaki Lemah !

As Salam, hey korang . Sorry cause lama tak update blog cause 3hb.12.2011 baru2 ni Tok Wan aku baru saja meninggal dunia, 2hari sebelum tarikh Nenek aku meninggal . *Nenek aku meninggal 05hb.12.2001, tarikh lahir Tok Wan aku . Doakan agar arwah tenang di sana, Amin . Baru2 ni jugak, aku terbaca dlm KOSMO mengenai kesan menggunakan komputer riba . Sebelum tu jugak, mak aku pernah gtau aku mengenai isu ni . So lepas aku cari dlm internet dan baca dlm sumber lain, aku nak share dengan korang semua mengenai kesan penggunaan laptop pd kaum lelaki .

Korang, penggunaan laptop boleh menjejaskan kesuburan lelaki . Semua ini berpunca daripada haba panas yang dihasilkan oleh laptop . Haba yang dihasilkan telah melemahkan sperma lelaki, secara tidak langsung akan menyebabkan masalah kemandulan pada lelaki . Korang mesti tertanya bagaimana boleh berlaku pada lelaki sahaja, ini disebabkan kaum2 Adam suka meletakkan laptop pada peha atau atas pangkuan mereka .

Tahap haba yang dihasilkan oleh laptop akan menjejaskan kualiti dan kuantiti sperma lelaki . Whoaa !! Bahaya ni !! Tak lama bila nak kahwin, impian nak tubuhkan satu kumpulan bola tidak kesampaian . Korang di Amerika Syarikat, seorang pakar Urologi di State University of New York iaitu Dr Yefim Sheynkin telah menegaskan mengenai kesan menggunakan laptop ini . Beliau juga sukar untuk meramalkan sejauh manakah penggunaan laptop dapat digunakan dengan selamat .

Walau bagaimanapun, kajian mengenai masalah di ini juga telah diterbitkan di dalam sebuah jurnal iaitu Jurnal of Human Reproduction . Selain itu, menurut Dr Yefim Sheynkin lagi . Lelaki dewasa dan remaja lelaki yang menggunakan laptop pada setiap hari dalam jangka masa yang lama akan berisiko apabila mereka ingin membina keluarga kelak .

Okaylah, setakat tu je lah . Thanks pada sesiapa yg comments post aku sebelum ni, aku tak sempat untuk reply lagi . Insya Allah, aku akan reply comments korang semua . Korang, sebarang idea atau apa2 yang korang ingin aku tuliskan . Gtau la ye, aku akan usahakan . Sebelum aku terlupa, korang boleh lihat aku sudah tukar template baru . Haha, harap korang semua suka dengan 'imej' baru di blog aku ini . Kepada yang belum like page blog ini, boleh lah like . Anda dialu-alukan . Klik Sini !

Apa Yang Lelaki Mahu ?!

As Salam, hey2 . Aku baru saja update mengenai tempat pelik di dunia, tapi tak dapat sambutan dari korang semua . Penat berfikir, at last aku ada something yang agak menarik untuk dikongsi bersama korang semua . Harap korang semua suka dengan post ini .

Ini semua ciri2 yang lelaki mahu ada dalam diri seseorang wanita pilihannya !! Wahai wanita2 di luar sana, bolehlah korang baca dengan hati dan dengan penuh perasaan . Hayatilah semuanya . Hehehe . One more things, setiap daripada kita mempunyai keinginan yang berbeza . Ini hanyalah ciri2 yang umum ! So check it out babe .

1. Simple
Lelaki suka wanita yang simple . Kalau make up tak perlu nak tebal2, kalau boleh tak pakai make up pun tak apa . Duit beli barang make up tu korang boleh simpan untuk duit topup korang . Haha . Orang tua2 kata, kecantikan dalaman adalah penting daripada kecantikan luaran . Setuju ?? Yeahhh !

2. Hormat
Ciri ni agak penting dan patut ada pada semua orang . Tak kira lelaki atau perempuan . Bagi lelaki, dia mahu wanita yang menghormati keluarga dan kawan2nya . Kalau dengan kawan2 pun tak hormat, sure dengan mak bapak pun tak boleh nak hormat . Setuju ??

3. Sederhana
Wanita2 perlu ada sikap sederhana dalam diri mereka untuk menarik minat lelaki, kalau boleh jangan terlalu boros sangat . Tak kisah nak shopping sana sini, at least korang beli belah je janganlah beli borong . Habis satu mall korang sapu, akhirnya semua lelaki jadi tukang sapu dekat mall . Sapa yang nak bertanggungjawab ? Haha tak kisah nak shopping asalkan jimat2 sama . Kalau bergaya pun, maklum la cik kakak oii nak up to date pun agak2 la ye . Jangan la bergaya sampai pakai reben dekat kepala . Sikap sederhana mestilah ada dalam semua perkara, tak perlu nak over2 sangat .

4. Sikap keibuan
Lelaki mahukan wanita yang ada sikap keibuan . Contohnya, pandai masak, kemas rumah, dan semua ciri2 yang ibu2 ada mesti harus ada pada perempuan . Lelaki tak nak kahwin dengan perempuan yang malas dan tak pandai masak . Takkan lah hari2 nak makan dekat kedai ja, nak rasa jugak air tangan buah hati . Betul tak ?!

5. Jujur
Lelaki mahukan wanita yang bersikap jujur dengannya . Apa yang dilakukan mestilah jujur sebab daripada jujurlah kita akan percaya antara satu sama lain . So taklah timbul isu curang sana sini .

Habis dahh . Macam biasalah, jadilah follower aku dan like page 'Badrul Hafizi Alias Blogspot' okay . Thanks guys !

Tempat Pelik Di Dunia !

As Salam, kali ni aku nak share dengan korang mengenai tempat paling pelik di dunia . Sumber ni aku peroleh daripada EnglishRussia, so why not aku share dengan korang semua mengenai 'The Door To Hell' yang terdapat di Turkmenistan . 'Pintu Ke Neraka' ini ditemui pada 35 tahun yang lalu, berdekatan dengan bandar kecil di Darvaz . Mengikut sumber, tempat ini dijumpai oleh ahli2 geologi ketika mereka semua sedang mencari sumber gas .

Ketika mereka semua sedang cari gali, secara tidak sengaja mereka terjumpa sebuah gua yang besar dan gua tersebut di bawah tanah . Semua peralatan yang telah mereka gunakan dan dibawa untuk operasi ini telah terjatuh ke dalam gua tersebut . Kedalaman gua tersebut tidak dapat dikenalpasti, mereka juga tidak berani untuk memasuki gua tersebut kerana di dalam gua tersebut dipenuhi dengan gas2 beracun . Korang, 'The Door To Hell' telah terbakar selama 35 tahun dan tidak ada seorang pun dapat menganggarkan jumlah gas yang telah terbakar selama tempoh 35 tahun tersebut . Masya Allah, pelikkan !

Aku telah jumpa sumber mengenai tempat pelik di dunia ini, so korang mesti tunggu dan follow up blog aku . Aku akan update untuk korang . So tunggu okay . Aku juga mahu minta korang like page blog aku dan jadi follower aku . Sebelum post ni aku tutup, korang boleh lihat dan amati gambar 'The Door To Hell'

Hentam Harimau Muda !!!

As Salam, hey . Boleh aku katakan disini, walaupun Piala Dunia belum bermula . Negara kita sudah mula demam bola, demam mengenai pasukan bola kita iaitu Harimau Muda . Tahap demam bola Malaysia bertambah teruk apabila Malaysia memenangi pingat emas dalam Sukan SEA . Pelbagai ucapan dan kata2 yang diluahkan kepada pasukan Harimau Muda kita, tetapi apabila Malaysia kalah kepada Syria dgn Bahrain . Pelbagai kata yang telah dikeluarkan .

Aku betul menyesal dan malu dengan sikap sesetengah orang Malaysia yang tak tahu bagaimana hendak menghargai jasa dan pengorbanan pemain bola kita ! Apabila mereka menang, baru kita bersama2 dgn mereka dan apabila mereka kalah . Kita biar mereka begitu saja dan paling teruk apabila ada diantara kita yang memaki hamun mereka . Buktinya ?? Lihat saja di Facebook . Tak perlu aku nyatakan apa yang telah dihantar oleh setiap daripada kita di akaun facebook masing2 .

Mereka diluar sana cukup mudah mengatakan dan mengeluarkan kenyataan "Aku dah agak Malaysia akan kalah", "Kalah lagi ? Hurmm" dan sebagainya . Aku ingin menyedarkan kepada yang berkenaan, cuba korang tukar kata2 korang dengan berkata "Aku dah agak Malaysia akan menang tapi kalah . Tak apa ini bukan rezeki mereka yang penting mereka dah berusaha" . Itulah yang sepatutnya berlaku kerana kalah atau menang bukan menjadi isu. Mereka telah berusaha untuk bermain dengan sebaik mungkin dan aku pasti mereka pun tak mahu kalah .

Korang, kita mesti ingat . Pemain2 bola Malaysia telah menunaikan tanggungjawab mereka kepada negara . Sekarang kita pula yang harus menunaikan tanggungjawab kita dengan menyokong pasukan negara kita, tidak kiralah kalah atau menang . Marilah kita sokong pasukan negara sebagaimana kita sokong pasukan negara lain . Kita seharusnya memberi sokongan padu kepada Harimau Malaysia walau apapun yang terjadi .
Aku sengaja menggunakan perkataan Harimau Malaysia supaya ramai yang akan sedar Harimau Muda adalah milik setiap rakyat Malaysia bukannya milik FAM atau siapa2 sahaja .