Kritikan Tajam !

AsSalam, hey korang . .

Korang, dalam hidup ini jika kita selalu memberi, memperbaiki corak hidup kita dan berusaha untuk bangun pasti kita akan dicemuh oleh orang lain. Kadang kala kita akan dicemuh dengan pelbagai hinaan setajam mata pedang. Pada saat itu jugalah, mereka semua tidak akan pernah diam untuk mengkritik selagi kita semua tidak berada di dalam liang lahad, berpisah dengan mereka ataupun menaiki tangga kejayaan. Apabila kita semua berada dalam kalangan orang yang suka mengkritik ini, selalu ada saja perbuatan mereka yang membuat kita bersedih dan mengusik ketenangan jiwa kita.

Di mata mereka semua, kita adalah orang yang berdosa dan tidak pernah terampun sehingga kita melepaskan semua kurniaan dan nikmat Allah yang ada pada diri kita ataupun sehingga kita meninggalkan semua sifat terpuji dan nilai-nilai luhur yang selama ini kita pegang teguh. 'Orang yang duduk di atas tanah tidak akan pernah jatuh', inilah kata2 yang perlu kita ingati ! Mereka semua akan kesal pada kita jika kita berjaya menolong mereka dalam hal2 kebaikan, harta dan sebagainya.

Jadi apakah yang perlu kita lakukan ?? Kita hanya perlu mengubur setiap kritikan mereka dan juga diam seribu bahasa. Sebenarnya mereka semua mahu kita menjadi orang yang bodoh dan pandir !! Allah Yang Maha Mulia sering mendapat cacian daripada manusia2 pandir jadi apalagi kita !! Kita adalah manusia yang selalu membuat salah, jadi fikir2 la wahai pembaca semua !

Thanks pada yang sudi baca dan tunggu entri seterusnya . Jangan lupa like page blog aku okay !! Badrul Hafizi Alias Blogspot

3 comments:

  1. Asam Garam Kehidupan..Sabar Sabar Dan Teruskn bersabar..Allah Sentiasa Bersama2 Dengan Orang yg Sabar..

    ReplyDelete
  2. live our own life. think positive. look forward. that's the way. it's me.:)

    btw..follow your blog bro.

    ReplyDelete
  3. :)

    kekadang pabila kita di kritik pasai agama. banyak membisu. :(

    jom baca:
    http://pemudattbc.blogspot.com/2012/05/videoustaz-azhar-idrus-di-perwaja-gurun.html